Sunday, May 11, 2014

SABAR








Di lorong nan indah ini,kita berkongsi sedikit ilmu dan rasa agar laluan berwarna warni ini mampu kita tempuhi dengan penuh keimanan dihati... Apa yang tertulis di blog ini adalah sedikit kisah kehidupan saya. Apa yang terkesan di hati saya dan peringatan kepada diri saya sendiri dalam usaha memperbaiki diri. Ada yang saya tulis dan ada juga yang saya ambil dan kongsi dari penulis lain. Semoga bermanfaat kepada semua...InsyaAllah


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Ada kalanya kesabaran itu sukar mendiami hati....  apatah lagi apabila di uji...  Namun SABAR itu sebenarnya sesuatu yang terlalu istimewa lagi .....SABAR bukan diwarisi daripada ibu atau ayah... Ditemani sabar itu indah... kerana sabar itu anugerah terbaik daripada Allah...SABAR itu perlu dididik... ianya tidak datang bergolek...

Sebenarnya sabar ini perlu dilatih,biar pun ianya sukar,tetapi ia perlu dipupuk pada diri setiap yang bergelar insan.Tiada istilah mengatakan kita masih terlambat untuk berlatih menjadi seorang yang penyabar,kerana setiap hari kita akan diuji,tidak kira ujian yang datang kecil atau besar,waktu itulah kita berpeluang untuk menjadi penyabar,bukankah istilah sabar itu selalu digunakan ketika seseorang ditimpa sesuatu musibah,jadinya anda masih berpeluang untuk mempelajari erti kesabaran.dan ianya juga akan membantu minda anda kearah yang positif.

Apabila ujian datang menimpa kita, Cepat sekali kita menyalahkan dan mempersoalkannya.Tapi pernah kah kita mempersalahkan diri kita?.Berapa banyakkah kesedaran kita,selepas menerima ujian dan dugaan darinya? Pernahkah kita  berdoa agar segala musibah dijauhkan dari kita? Malahan kita terlalu sedikit dan terlalu limited berdoa kepada Allah.Biarpun Allah tidak meletakkan limited untuk kita terus berdoa. Walhal kenikmatan yang Allah bagi terlalu banyak untuk kita sedangkan berapa banyak nikmat yang dah kita syukuri?
  

No comments:

Post a Comment